Written by SKSLMT access centre
Posted in:
SEKITAR PUSAT AKSES SK SRI LAKSAMANA



Profile Pusat Akses SKSL
Pusat Akses SK Sri Laksamana Masjid Tanah telah diwujudkan pada tahun 2008. Dikendalikan oleh guru penyelaras iaitu Encik Jefri B. Yusoh.
Pusat Akses SK Sri Laksamana dibekalkan dengan 10 buah komputer, pencetak, dan sambungan SchoolNet menggunakan LAN serta wireless router.
Lokasi pusat akses SKSLMT adalah di antara kantin sekolah dan pusat sumber dan ianya sentiasa dibuka untuk kegunaan pelajar, guru- guru, serta komuniti berhampiran.
Walaupun komuniti di sini kini sudah mempunyai komputer dan talian internet, tetapi kewujudan pusat akses ini tetap membantu membudayakan ICT di kalangan mereka yang kurang berkemampuan.
Semoga dengan kemudahan yang ada ini dapat membantu warga SKSL dan juga penduduk setempat di dalam mengejar kemajuan dunia teknologi maklumat.
MATLAMAT
* Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
* Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
* Meningkatkan masa penggunaan ( contact hours)
komputer oleh murid
OBJEKTIF
* Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlamat
* Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar
kendiri.
* Meningkatkan penggunaan dan pengusaan kemahiran ICT
murid untuk pembelajaran.
VISI
* Melahirkan insan yang berkemahiran ICT serta
meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu
MISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis, terbaik
dan berkesan untuk melahirkan insan yang mempunyai daya ketahanan
tinggi serta berwawasan bagi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, masyarakat, agama dan negara.
JAWATANKUASA KERJA
PUSAT AKSES
SEK. KEB. SRI LAKSAMANAPENASIHAT(En. Hamzah bin Othman )
PENGERUSIEn. Arshad bin Md Som
NAIB PENGERUSI(Pn. Tuan Yusriza bt Tn. Yunus )
SETIAUSAHA( En. Jeffri bin Yusoh )
AJKPn. Noraini bt Aziz
( Panitia B. Inggeris)
En. Md Noor Bin Kassim
( Panita Matetmatik )
Pn. Rashidah bt Jaafar
( Panitia sains )
Pn. Dahlia bt Ahmad
( Panitia Agama islam)
Pn. Hamisah
( Panitia seni & Visual )
Pn. Siti Zaida bt Idris
( Panitia PJK )
En. Idris b. Md Alif
( Panitia Muzik )
Pn. Suhailawati bt Juritah
( Pemulihan Khas )
En. Zahari bin Dalip
( Panitia Sivik )
0 comments:
Post a Comment